
SEKAPUR SIRIH
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh
Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin dan
kudrat yang telah diberikan oleh Nya kita telah berjaya menubuhkan
sebuah kelab iaitu "Sri Aman TopGear Motorsport". Saya ingin merakamkan
setinggi-tinggi tahniah dan juga terima kasih kepada rakan-rakan,
saudara-saudara dan kepada semua yang terlibat kerana telah memberikan
sokongan padu di atas penubuhan kelab ini. Tahniah juga kerana kita
telah berjaya membina laman sesawang kita sendiri.
Semoga dengan penubuhan kelab ini, ianya dapat dijadikan platform kepada
ahli-ahli kelab untuk menerokai teknologi permotoran dan juga dapat
mengajak belia melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.
Mudaha-mudahan usaha kita ini dapat memberi impak dalam proses
pembentukan fizikal, mental dan juga jati diri setiap ahli selaras
dengan tujuan penubuhan kelab ini.
Saya, selaku Presiden Kelab berasa amat bersyukur dan berbangga kerana
telah diberikan peluang dapat bertemu dan berkumpul bersama ahli untuk
menjayakan setiap aktiviti kelab. Tanpa kerjasama dan kolaborasi yang
jitu mana mungkin kita dapat sampai ke tahap ini pada hari ini. Kepada
ahli-ahli baru dan bakal mendaftar sebagai ahli kelab TopGear, saya
mengucapkan selamat datang dan terima kasih di atas penyertaan anda.
Kepada ahli-ahli yang sedia ada, kekalkan komitmen anda dan teruskan
perjuangan kita untuk bersama mengangkat martabat kelab ini. Perkukuhkan
ukhwah di antara kita dan jalinkan hubungan baik kita dengan masyarakat
sekeliling.
Kesempatan ini juga saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada
agensi-agensi kerajaan, pihak swasta, para pemilik kedai dan orang
perseorangan kerana telah memberikan kerjasama dan menggemblengkan
tenaga untuk kelab ini.
Akhir kata, syabas dan tahniah kepada Sri Aman TopGear Motorsport Club.
Sekian Terima Kasih.
Wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
WAY OF MODIFICATION
AWANG ZAINUDDIN BIN AWANG AHMAD
PRESIDEN
Sri Aman TopGear Motorsport Club